Sunday, January 29, 2012

rEstU KelUaRg@ Am@t PenTinG..

assalamualaikum..
disini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang perjalanan hidup saya..
Benarlah apa yang dikatakan orang, bahawa restu ibu dan ayah amat penting didalam setiap perilaku kita..
Hal ini kerana restu Allah terletak kepada restu mak dan ayah.. Allah S.W.T telah meletakkan dan meninggikan martabat kedua ibu dan bapa kita..
Bertitik tolak daripada itu.. Alhamdulillah.. sekarang ini saya sudah pun mendapat petunjuk daripada ilahi didalam memilih pasangan hidup.. Mungkin terlalu muda sewaktu di seusia sebegini.. tetapi bagi langkah permulaan..kata orang..ibarat menyarung cincin la ye.. emh.. lebih kurang sebegitu la...
mungkin ramai yang bertanya.. benarkah couple itu haram...ya.. ia akan menjadi haram sekiranya niat kita uh salah.. sekiranya niat kita betul.. maka ia tidak akan menjadi satu masalah.. istilah couple tiada didalam kamus hidup saya.. dan saya pun tidak suka akan istilah itu.. temasuklah istilah awek.. emh...
ok.. sekiranya niat kita baik.. maksudnya disini.. kita berniat untuk menjadikan sidia sebagai calon isteri atau sebagai calon suami.. maka insyaallah, kita akan dilindungi daripada perkara2 yang boleh mendatangkan fitnah dan perkara yang seangkatan dengannya..
jadi, buat masa sekarang ini.. hubungan ini kami hanya menerapkan kepercayaan antara satu sama lain.. apa yang menjadikan kekuatan bagi diri saya adalah keluarga sebelah sidia.. alhamdulillah, kini saya berasa ibarat memegang satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk menjaganya.. hal ini telah melahirkan kesedaran di dalam diri saya.. mungkin ramai yang tertanya- tanya mengapa..biarlah ia menjadi rahsia antara kami.. perasaan sayang di dalam diri tu mmg ada sama sekali.. dan kita tidak boleh lari daripada ini semua.. apa yang mampu kita buat adalah berdoa, berdoa dan terus berdoa agar perhubungan ini mendapat keredhaan Allah S.W.T... insyaallah..

Saturday, January 21, 2012