Monday, October 28, 2013

MAsak :)

haRi ni rul masak special , jgan pkir laki xpandai masak la,, laki lagi hebat dari pompuan bak2 memasak ni,,hehehe

rul nak masak ikan kerapu tiga rasa ,,hehehe,,,

seekor ikan kerapu - bersihkan, kelar, lumur garam dan kunyit

Bahan-bahan Sos Tiga Rasa

2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi
1 cawan sos thai
2 sudu besar minyak masak 

1 biji tomato - potong dadu
1/4 biji nenas - potong dadu
garam

Cara membuatnya:

  1. Goreng ikan kerapu hingga garing
  2. Sementara tu, bolehlah sediakan bahan untuk sos tiga rasa.
  3. Tumbuk sebiji bawang besar, bawang putih hingga lumat.
  4. Kemudian tumbuk halia 2,3 kali saje, tak perlu tumbuk hingga lumat.
  5. Tumbuk sekali cili padi hingga pecah2, juga tak perlu lumat.
  6. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga hampir garing.
  7. Masukkan sos thai, nenas dan tomato yang dah dipotong dadu.
  8. Masukkan garam dan masak hingga sos pekat,
  9. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan balik2kan seketika.
  10. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi, dan siap untuk dihidangkan.
note: seeloknya bawang ditumbuk, atau blend dgn air yg sgt minima..

oke ni lah yang rul masak,,hehehe
gulai daging tu amir yang masak :)

Saturday, October 12, 2013

IMPIAN SEORANG MAHASISWA :)

Assalamualaikum :)

lama dah xkarang krangan kat blog ni,,, tiba2 jew rasa terbuka hati ni nk mngarang karangan hari ni,,, rul nk cerita sikit tentang apa impian sebagai seorang mahasiswa,,,

okey, first of all,, rul tahu apa impian sebagai seorang mahasiswa kerana rul pun salah seorang darinya,,hehehe,, rul skrang tgah buat ijazah kejuruteraan awam kepujian di UTHM,, kenal ke UTHM??hehe..kalu budak2 muda tahu lah UTHM tu apa, tp kalu veteran2 kenal UTHM dengan KUITHO,,hehe,,sebut jew KUITHO pasti org thu,,hehehe

bagi rul, impian utama rul sebagai mahasiswa ialah utk membalas jasa serta pengorbanan ma ngan abah rul,,sebab diorang banyak mnghabiskan macam2 terutamanya wang ringgit utk memastikan rul berjaya dalam hidup rul ni,,utk memastikan rul ni menjadi org yg berguna di masa hadapan kelak,, andai rul masih diberi peluang utk bernafas pada tiba masa konvo rul 3 tahun lagi, pertama kali rul akan buat rul akan menghadiahkan ma n abah rul segulung ijazah serta membisikan perkataan terima kasih utk selama ini :)

impian rul kedua sebagai mahasiswi,,,hmmm,, ap yee??hmm,,, oooo, mesti la nk dapat result yang baik kan,, so, kalu nk result yang baik, kita kene lah belajar bersungguh tp, ap yang penting kita tidak boleh lupe pada ALLAH,, dalam kesibukan kita pun, hati kita kene lah selalu dengan ALLAH.. solat jangan tinggal taw,, selalu solat hajat, berdoa, baca al-quran supaya ALLAH permudahkan kita dalam menuntut ilmu,, in shaa allah :)

mungkin ini impian rul sebagai mahasiswa,, mungkin korang lain kan??? masing2 mempunyai pendapat serta pandangan yang berbeza,, so, penuhi lah impian kita tu k,,,

apa2 pun dalam menuntut ilmu, perkataan putus asa tu kita perlu hapuskan dalam diri kita,,, usaha dan terus berusaha dalam mengejar impian kita itu,,in shaa allah,, bye2 :)

ASSALAMUALAIKUM...